Tuesday, September 9, 2008

Sepintas Lalu : KISAH HIDUP SEORANG SAINTIS DAN PEREKA CIPTA - Alexander Graham Bell (1)

Alexander Graham Bell merupakan seorang saintis dan pereka cipta yang unggul dan masyhur. Beliau tersohor kerana beliau telah berjaya mereka cipta satu perubahan yang merubah dunia iaitu telefon. Bapa, datuk dan abangnya telah bergaul atau menyertai dengan kerja berdasarkan seni pidato dan ucapan manakala ibu dan isterinya pekak, sekaligus mempengaruhi kerja Alexander.



Kajiannya tentang pendengaran dan percakapan memimpin beliau melangkah lebih ke hadapan untuk beliau menjalankan kajian tentang alat pendengaran yang akhirnya membuatkan Alexander dianugerahi Anugerah Hak Cipta US Pertama di atas ciptaan telefon pada tahun 1876. Beliau juga mencipta alat-alat lain seperti bidang aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.

Alexander Graham Bell telah dilahirkan pada 3 Mac 1847 di Edinburgh, Scotland. Beliau mempunyai dua abang iaitu Melville James Bell dan Edward Charles Bell. Kedua-dua abangnya telah mati akibat daripada penyakit batuk kering atau tuberculosis, Edward pada 1867 dan Mellvile pada 1870. Bapanya ialah Alexander Mellvile Bell manakala ibunya ialah Eliza Grace. Seperti kedua abangnya, Graham Bell mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri di rumah. Pada usia yang masih mentah, beliau telah didaftarkan di Royal High School, Edinburgh, Scotland.

No comments: