Friday, September 26, 2008

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas merupakan sebuah bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga ke 2004 apabila Bangunan Teipei 101 dibina. Bagaimanapun, Menara Berkembar Petronas masih lagi memegang pangkat bangunan berkembar dan bangunan pejabat tertinggi dunia. Menara 1 telah dibina oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 telah dibina oleh Samsung Engineering & Construction.

SEJARAH

Menara Berkembar Petronas telah direka bentuk oleh seorang arkitek Argentina, Cesar Pelli. Menara ini telah siap dibina pada tahun 1998 dan menjadi bangunan tertinggi dunia pada hari ia siap dibina. Menara ini telah dibina diatas tapak Trek Perlumbaan Kuala Lumpur. Disebabkan oleh kedalaman dasar batu, bangunan ini telah dibina di atas cerucuk terdalam dunia. Cerucuk sepanjang 120 meter dibina oleh Bachy Soletanche dan memerlukan sejumlah besar konkrit untuk membina cerucuk ini.

Sebahagian besar menara setinggi 88 tingkat ini dibina menggunakan konkrit dan yang lain ialah keluli dan dilitupi dengan rekaan kaca untuk menyerupai dengan motif yang ditemui dalam Kesenian Islam bagi menggambarkan agama rasmi negara Malaysia iaitu Islam. ( Tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu : Another Islamic influence on the design is that the cross-section of the towers is based on a Rub el Hizb).

Bangunan ini telah dibina oleh syarikat berbeza bagi setiap menara. Menurut National Geography dan surat khabar Korea, Menara 2 telah siap dibina oleh Samsung Engineering & Construction and Kukdong Engineering yang mana kedua-dua syarikat ini berasal dari Korea Selatan. Syarikat yang membina Menara 1, Hazama Corporation telah menemui satu masalah semasa pembinaan, Menara 1 telah dianggarkan condong 25 mm. Sementara Hazama menyelesaikan masalahnya, Samsung dan Kukdong telah menyiapkan projeknya. Akhirnya, Menara 2 telah siap dibina sebulan lebih awal berbanding menara yang diusahakan oleh Hazama Corporation. ( Tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu : Due to a lack of steel and the huge cost of importing steel, the towers were constructed on a cheaper radical design of super high-strength reinforced concrete. High-strength concrete is a material familiar to Asian contractors and twice as effective as steel in sway reduction; however, it makes the building twice as heavy on its foundation than a comparable steel building).

Di bawah bangunan Menara Berkembar Petronas ini terdapatnya Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.

PENYEWA DI MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Menara 1 bangunan ini sepenuhnya dimiliki oleh Petronas manakala Menara 2 adalah untuk syarikat-syarikat lain. Pelbagai syarikat besar mempunyai ruang tersendiri di dalam Menara 2 termasuklah Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess, Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, Krawler Networks, Microsoft dan Reuters.

KLCC Park

Seluas 17 ekar di bawah Menara Berkembar Petronas merupakan Taman KLCC tersedia dengan ruang pejalan kaki dan ruang untuk berjoging. Terdapat juga air pancut bersama-sama dengan pertunjukan cahaya, kolam dan taman permainan kanak-kanak. Suria KLCC juga terdapat di bawah Menara Berkembar Petronas. Suria KLCC merupakan salah satu kompleks beli-belah terbesar Malaysia.

Skybridge





Menara berkembar ini mempunyai jambatan yang menghubungkan Menara 1 dengan Menara 2. Jambatan ini telah disiapkan oleh Kukdong Engineering & Construction. Jambatan ini menghubungkan kedua-dua menara melalui Tingkat 41 dan Tingkat 42, merupakan jambatan 2 tingkat tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak pada ketinggian 170m dari tanah dan 58m panjang, seberat 750 tan. Jambatan ini terbuka kepada semua pengunjung, tetapi hanya 1700 orang yang pertama sahaja boleh melaluinya. Skyway ditutup pada hari Isnin. Pengunjung hanya dibenarkan melalui tingkat 41 sahaja manakala tingkat 42 hanya untuk pekerja di Menara Berkembar Petronas.

Jambatan ini juga bertindak sebagai jalan keselamatan. Ini kerana apabila salah satu bangunan terbakar atau apa jua kecemasan, pekerja dapat dikeluarkan melalui jambatan ini ke bangunan lain. Walaubagaimanapun, jambatan ini tidak ada guna sekiranya kedua-dua bangunan terbakar sepertimana berlaku kepada World Trade Center.

PERISTIWA BERSEJARAH

- Pada 20 Mac 1997, Alain Spiderman Robert menggunakan hanya tangan dan kakinya tanpa alat keselamatan, memanjat dinding kaca dan besi KLCC. Beliau telah ditahan polis di tingkat 60 iaitu 28 tingkat sebelum ke puncak.
- Pada 20 Mac 2007, Alain Spiderman mengulangi lagi perbuatannya itu dan berhenti juga di tingkat 60 pada menara yang berlainan.

- Pada 4 November 2005, kebakaran berlaku di kompleks panggung wayang Suria KLCC. Tiada kecederaan dilaporkan.





------------------------------------------------------------------------
Sumber - Wikipedia.org

No comments: