Sunday, November 2, 2008

Jurutera Rekabentuk Jambatan: Othmar Ammann

Othmar Hermann Ammann (26 Mac 1879 - 22 Sept. 1965) merupakan anak kelahiran Swiss dan juga merupakan seorang jurutera rekabentuk yang mana mereka 'design' jambatan termasuklah bagi jambatan George Washington Bridge, Verrazano-Narrows Bridge dan Bayonne Bridge.

Beliau telah dilahirkan di Schaffhausen, Switzerland pada 1879. Bapanya merupakan seorang pengeluar manakala ibunya merupakan pembuat topi. Ammann telah menerima didikan jurutera di Polytechnikum di Zurich, Switzerland. Beliau belajar bersama jurutera Swiss, Wilhelm Ritter. Pada 1904, beliau berhijrah ke United States, menghabiskan kebanyakan kerjayanya di Bandaraya New York.
Pada 1905, beliau pulang ke Switzerland untuk mengahwini Lilly Selma Wehrli. Mereka mempunyai 3 orang cahaya mata - Werner, George dan Margaret. Lilly Selma telah meninggal dunia pada 1933. Pada tahun 1924, beliau telah menjadi rakyat United States yang sah. Beliau kemudiannya mengahwini Karly Vogt Noetzli pada tahun 1935 di California.

Ammann telah menulis dua laporan tentang keruntuhan jambatan Quebec Bridge dan keruntuhan jambatan asal Tacoma Narrow Bridge (Galloping Gertie). Hasil daripada laporan Ammann tentang keruntuhan jambatan ini, beliau telah mendapat kedudukan kerja bagi projek Hell Gate Bridge untuk syarikat Gustav Lidhental. Pada 1952, beliau telah dipanggil untuk menjadi jurutera jambatan bagi New York Port Authority.
Rekaannya untuk jambatan merentasi Hudson River telah diterima pemaju oleh gurunya, Lindhental. (Rekaan Lindhental, "North River Bridge" telah menunjukkan satu kemajuan, dengan 16 laluan termasuk laluan pejalan kaki, kereta, kereta api dan kenderaan awam. Jambatan ini yang mana memasuki Manhattan di jalan 57th Street, telah ditolak atas sebab kosnya yang tinggi.)

Akhirnya, jambatan ini menjadi jambatan George Washington Bridge. Di atas arahan Ammann, ianya telah siap sepenuhnya 6 bulan sebelum tarikh ditetapkan dan kosnya kurang daripada anggaran awal iaitu $60 juta. Rekaan Ammann untuk projek George Washington Bridge dan kemudiannya Bayonne Bridge, telah menarik perhatian seorang pencipta terkenal, Robert Moses, yang mana telah memanggil Ammann untuk bekerja untuknya. Antara empat rekaan Ammann daripada enam jambatan di Bandaraya New York - Triborough, Bronx-Whitestone, Throg's Neck dan Verrazano-Narrows - merupakan rekaannya untuk syarikat Moses, Triborough Bridge and Tunnel Authority.

Pada tahun 1964, Ammann dan Charles Whitney telah menubuhkan firma Ammann & Whitney. Pada 1964 jugalah Ammann membuka jambatan Verrazano Narrows Bridge di New York, yang mana menjadi jambatan tergantung terberat di dunia (the world's heaviest suspension bridge) pada masa itu. Jambatan ini juga telah menjadi jambatan gantung kelapan terpanjang di dunia dan terpanjang di Western Hemisphere. Ammann juga terlibat dalam pembinaan jambatan Golden Gate Bridge di San Francisco, yang mana sekarang ini adalah jambatan gantung ke-9 terpanjang di dunia.

Othmar Ammann telah mereka cipta banyak jambatan yang menghubungkan New York City dengan bandar lain di United States. Bakatnya dan kepakaran dalam mereka bentuk talah membuatkan beliau berjaya membina 2 jambatan tergantung terpanjang di dunia. Ammann juga terkenal kerana beliau berjaya membina jambatan yang ringan dan tidak memakan kos yang tinggi. Beliau berjaya membuat semua ini menggunakan teorinya sendiri - The weight per foot of the span and the cables would provide enough stiffness so that the bridge would not need any stiffening trusses -. Ini membuatkan beliau terkenal dan tersohor kerana beliau berjaya membina semua ini semasa zaman kemelesetan dan berjaya mengurangkan kos yang amat penting.
Antara jambatan terkenal yang dibina Ammann ialah :-
- George Washington Bridge (dibuka pada 24 Oct 1931)
- Bayonne Bridge (dibuka pada 15 Nov 1931)
- Triborough Bridge (dibuka pada 11 July 1936)
- Bronx-Whitestone Bridge (dibuka pada 29 Apr 1939)
- Throgs Neck Bridge (dibuka pada 11 Jan 1961)
- Verrazano Narrow Bridge (dibuka pada 21 Nov 1964)
Bayonne Bridge merupakan satu-satunya rekaan Ammann yang bukannya jambatan gantung tetapi jambatan lengkungan. Ammann juga merupakan pengarah bagi mereka bentuk dan membina Lincoln Tower.








Beliau telah meninggal pada 22 September 1965 pada umur 86 tahun.





----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Harap maaf sekiranya ada tersalah tafsir atau informasi yang diberikan salah atau tidak tepat.
Susunan Gambar Dari Atas - George Washington Bridge > Bayonne Bridge > Verrazano Narrow Bridge > Throgs Neck Bridge







Friday, September 26, 2008

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas merupakan sebuah bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga ke 2004 apabila Bangunan Teipei 101 dibina. Bagaimanapun, Menara Berkembar Petronas masih lagi memegang pangkat bangunan berkembar dan bangunan pejabat tertinggi dunia. Menara 1 telah dibina oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 telah dibina oleh Samsung Engineering & Construction.

SEJARAH

Menara Berkembar Petronas telah direka bentuk oleh seorang arkitek Argentina, Cesar Pelli. Menara ini telah siap dibina pada tahun 1998 dan menjadi bangunan tertinggi dunia pada hari ia siap dibina. Menara ini telah dibina diatas tapak Trek Perlumbaan Kuala Lumpur. Disebabkan oleh kedalaman dasar batu, bangunan ini telah dibina di atas cerucuk terdalam dunia. Cerucuk sepanjang 120 meter dibina oleh Bachy Soletanche dan memerlukan sejumlah besar konkrit untuk membina cerucuk ini.

Sebahagian besar menara setinggi 88 tingkat ini dibina menggunakan konkrit dan yang lain ialah keluli dan dilitupi dengan rekaan kaca untuk menyerupai dengan motif yang ditemui dalam Kesenian Islam bagi menggambarkan agama rasmi negara Malaysia iaitu Islam. ( Tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu : Another Islamic influence on the design is that the cross-section of the towers is based on a Rub el Hizb).

Bangunan ini telah dibina oleh syarikat berbeza bagi setiap menara. Menurut National Geography dan surat khabar Korea, Menara 2 telah siap dibina oleh Samsung Engineering & Construction and Kukdong Engineering yang mana kedua-dua syarikat ini berasal dari Korea Selatan. Syarikat yang membina Menara 1, Hazama Corporation telah menemui satu masalah semasa pembinaan, Menara 1 telah dianggarkan condong 25 mm. Sementara Hazama menyelesaikan masalahnya, Samsung dan Kukdong telah menyiapkan projeknya. Akhirnya, Menara 2 telah siap dibina sebulan lebih awal berbanding menara yang diusahakan oleh Hazama Corporation. ( Tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu : Due to a lack of steel and the huge cost of importing steel, the towers were constructed on a cheaper radical design of super high-strength reinforced concrete. High-strength concrete is a material familiar to Asian contractors and twice as effective as steel in sway reduction; however, it makes the building twice as heavy on its foundation than a comparable steel building).

Di bawah bangunan Menara Berkembar Petronas ini terdapatnya Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.

PENYEWA DI MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Menara 1 bangunan ini sepenuhnya dimiliki oleh Petronas manakala Menara 2 adalah untuk syarikat-syarikat lain. Pelbagai syarikat besar mempunyai ruang tersendiri di dalam Menara 2 termasuklah Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess, Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, Krawler Networks, Microsoft dan Reuters.

KLCC Park

Seluas 17 ekar di bawah Menara Berkembar Petronas merupakan Taman KLCC tersedia dengan ruang pejalan kaki dan ruang untuk berjoging. Terdapat juga air pancut bersama-sama dengan pertunjukan cahaya, kolam dan taman permainan kanak-kanak. Suria KLCC juga terdapat di bawah Menara Berkembar Petronas. Suria KLCC merupakan salah satu kompleks beli-belah terbesar Malaysia.

Skybridge





Menara berkembar ini mempunyai jambatan yang menghubungkan Menara 1 dengan Menara 2. Jambatan ini telah disiapkan oleh Kukdong Engineering & Construction. Jambatan ini menghubungkan kedua-dua menara melalui Tingkat 41 dan Tingkat 42, merupakan jambatan 2 tingkat tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak pada ketinggian 170m dari tanah dan 58m panjang, seberat 750 tan. Jambatan ini terbuka kepada semua pengunjung, tetapi hanya 1700 orang yang pertama sahaja boleh melaluinya. Skyway ditutup pada hari Isnin. Pengunjung hanya dibenarkan melalui tingkat 41 sahaja manakala tingkat 42 hanya untuk pekerja di Menara Berkembar Petronas.

Jambatan ini juga bertindak sebagai jalan keselamatan. Ini kerana apabila salah satu bangunan terbakar atau apa jua kecemasan, pekerja dapat dikeluarkan melalui jambatan ini ke bangunan lain. Walaubagaimanapun, jambatan ini tidak ada guna sekiranya kedua-dua bangunan terbakar sepertimana berlaku kepada World Trade Center.

PERISTIWA BERSEJARAH

- Pada 20 Mac 1997, Alain Spiderman Robert menggunakan hanya tangan dan kakinya tanpa alat keselamatan, memanjat dinding kaca dan besi KLCC. Beliau telah ditahan polis di tingkat 60 iaitu 28 tingkat sebelum ke puncak.
- Pada 20 Mac 2007, Alain Spiderman mengulangi lagi perbuatannya itu dan berhenti juga di tingkat 60 pada menara yang berlainan.

- Pada 4 November 2005, kebakaran berlaku di kompleks panggung wayang Suria KLCC. Tiada kecederaan dilaporkan.





------------------------------------------------------------------------
Sumber - Wikipedia.org

Tuesday, September 16, 2008

Arkitek dari San Miguel de Tucumán

San Miguel de Tucumán merupakan bandar terbesar di utara Argentina. Luas keseluruhan bandar metropolitan ini ialah 806 000, sekaligus menjadikan ia yang ke-5 terbesar ni Argentina. Bandar ini telah berjiran dengan bandar Las Talitas ( Tafi Viejo ) di bahagian utara. Manakala di bahagian timurnya terdapat bandar Banda del Rio Sali dan Alderetes ( Cruz Alta ). Di bahagian barat bandar metropolitan ini terletaknya bandar Yerba Buena yang secara harfiahnya bermaksud ' Good Herb '. Apa yang hendak ditekankan berkenaan bandar ini ialah tentang seorang arkitek tersohor berasal dari negeri ini bernama Cesar Pelli.

Cesar Pelli merupakan seorang arkitek Argentina yang tersohor kerana telah mereka beberapa bangunan tertinggi dunia dan lain-lain bandar besar. Rekaannya lebih menggunakan bahan berlogam dan bentuknya binaannya yang melengkung. Cesar Pelli telah dilahirkan pada 12 Oktober 1926 di San Miguel de Tucuman, Argentina

Pada 1991, American Institute of Architects (AIA) telah memasukkan nama Cesar ke dalam antara 10 orang arkitek yang paling berpengaruh kehidupan Amerika. Mungkin rekaan beliau yang paling tersohor ialah Menara Berkembar Petronas, yang mana pada satu ketika pernah menjadi bangunan tertinggi dunia dan kini bangunan berkembar tertinggi dunia. Beliau juga telah membentuk bangunan World Financial Center Complex di bandaraya Manhattan.

Selepas beliau belajar tentang arkitek di Universidad Nacional de Tucuman, Pelli menamatkan pelajarannya di School of Architecture di University of Illnois di Urbana-Champaign. Beliau memulakan kerjaya beliau di New Haven pejabat arkitek Eero Saarinen.

Beliau berhijrah ke United States pada 1952 dan menjadi sebahagian daripada warganegara U.S. pada 1964. Beliau telah berkahwin dengan Diana Balmori, seorang pereka taman dan bandar yang tersohor. Mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Denis dan Rafael.

Completed

Other famous buildings he has designed include:
1966: Worldway Postal Center, Los Angeles International Airport, California 1967: Kukui Gardens housing, Honolulu, Hawaii
1969: San Bernardino City Hall, San Bernardino, California
1972: US Embassy in Tokyo, Japan
1973: Commons Centre and Mall Columbus, Indiana
1975: Pacific Design Center, Los Angeles, California
1981-1987: World Financial Center, New York City, New York
1982-1984: Herring Hall at Rice University, Houston, Texas
1984: Residential Tower atop the Museum of Modern Art (MoMA), New York City, New York
1984-1986: Cleveland Clinic, Cleveland, Ohio
1984: Mattatuck Museum, Waterbury, Connecticut
1987: Blumenthal Performing Arts Center, Charlotte, North Carolina
1987-1990: Carnegie Hall Tower, New York City, New York
1987-1991: One Canada Square, Canary Wharf, London, England
1988: Wells Fargo Center (formerly Norwest Center), Minneapolis, Minnesota
1989: Gaviidae Common, Minneapolis, Minnesota
1990: Nippon Telegraph and Telephone Headquarters, Tokyo, Japan
1990: 181 West Madison Street, Chicago, Illinois
A 50-story skyscraper thought to be inspired by Saarinen's second place entry in Chicago's Tribune Tower competition
1991: Key Tower, Cleveland, Ohio
1991: 777 Tower, Los Angeles, California
1991: Frances Lehman Loeb Art Center at Vassar College, Poughkeepsie, New York
1992: Bank of America Corporate Center, Charlotte, North Carolina
1992: Plaza Tower, Costa Mesa, California
1995: Aronoff Center for Performing Arts, Cincinnati, Ohio
1995: Wachovia Center Winston-Salem, North Carolina
1996: Edificio República, Buenos Aires, Argentina
1996: Owens Corning World Headquarters, Toledo, Ohio
1997: Expansion of Washington National Airport, Washington, D.C.
1998: Overture Center, Madison, Wisconsin
1998: Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, Malaysia
1998: Schuster Center, Dayton, Ohio
1999: Cheung Kong Center (長江集團中心), Hong Kong, PRC
1999: Zurich tower office building in The Hague, Netherlands
2000: Kurayoshi Park Square, Kurayoshi Japan
2000: Boston Bank Building, Buenos Aires, Argentina
2000: KABC-TV, Los Angeles, California
2001: Citigroup Centre, 25 Canada Square, Canary Wharf, London
2001: Bucksbaum Center for the Arts at Grinnell College, Grinnell, Iowa
2001: Athletic and Fitness Center at Grinnell College, Grinnell, Iowa
2001: Investment Building, Washington, DC.
2002: Weber Music Hall at University of Minnesota Duluth, Duluth, Minnesota
2003: Gerald Ratner Athletics Center at University of Chicago, Chicago, Illinois
2003: Two International Finance Centre, Hong Kong
2003: Center for Drama and Film & the Martel Theater @ Vassar College, Poughkeepsie, New York
2003: 25 Bank Street, Canary Wharf, Docklands, London
2003: 40 Bank Street, Canary Wharf, Docklands, London
2003: Benjamin & Mariam Schuster Performing Arts Center, Dayton, Ohio
2004: Goldman Sachs Tower, Jersey City, New Jersey
2005: Cira Centre, Philadelphia, Pennsylvania
2005: Malone Engineering Center, Yale University, New Haven, Connecticut
2006: Federal Building Eastern District Courthouse, Brooklyn, New York
2006: Science and Engineering Research and Classroom Complex at University of Houston, Houston, Texas
2006: Minneapolis Public Library's Central branch, Minneapolis, Minnesota
2006: Joe Rosenfield '25 Center, Grinnell College, Grinnell, Iowa
2006: Segerstrom Hall, Orange County Performing Arts Center, Costa Mesa, California
2006: Thomas E. Golden Jr. Center, St. Thomas More Catholic Chapel and Center, Yale University, New Haven, Connecticut
2006: Adrienne Arsht Center for the Performing Arts, Miami, Florida
2008: BOK Center, Tulsa, Oklahoma

Under Construction


2008: Business Instructional Facility, University of Illinois at Urbana-Champaign, Illinois
2008: Repsol-YPF Building, Buenos Aires, Argentina, Under Construction
2008: St. Regis Residences & Hotel, Mexico City, Mexico
2009: New Airport Terminal Building (Phase 1), Winnipeg James Armstrong Richardson International Airport, Winnipeg, Manitoba, Canada
2009: The Aria Resort & Casino, the central feature of Project CityCenter, Las Vegas, Nevada
2009: Connecticut Science Center, Hartford, Connecticut
2009: The Landmark, Abu Dhabi, United Arab Emirates
2009: One Park West, Liverpool, England
2010: Gran Torre Costanera, Santiago, Chile
2010: Torre Puerto Triana, office building, Seville, Spain
2011: Iberdrola Tower, office building, Bilbao, Spain
2012: Porta Nuova Garibaldi, master plan and mixed-use development, Milan, Italy
2012: Cira Center South, Philadelphia

Tuesday, September 9, 2008

Sepintas Lalu : KISAH HIDUP SEORANG SAINTIS DAN PEREKA CIPTA - Alexander Graham Bell (1)

Alexander Graham Bell merupakan seorang saintis dan pereka cipta yang unggul dan masyhur. Beliau tersohor kerana beliau telah berjaya mereka cipta satu perubahan yang merubah dunia iaitu telefon. Bapa, datuk dan abangnya telah bergaul atau menyertai dengan kerja berdasarkan seni pidato dan ucapan manakala ibu dan isterinya pekak, sekaligus mempengaruhi kerja Alexander.



Kajiannya tentang pendengaran dan percakapan memimpin beliau melangkah lebih ke hadapan untuk beliau menjalankan kajian tentang alat pendengaran yang akhirnya membuatkan Alexander dianugerahi Anugerah Hak Cipta US Pertama di atas ciptaan telefon pada tahun 1876. Beliau juga mencipta alat-alat lain seperti bidang aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.

Alexander Graham Bell telah dilahirkan pada 3 Mac 1847 di Edinburgh, Scotland. Beliau mempunyai dua abang iaitu Melville James Bell dan Edward Charles Bell. Kedua-dua abangnya telah mati akibat daripada penyakit batuk kering atau tuberculosis, Edward pada 1867 dan Mellvile pada 1870. Bapanya ialah Alexander Mellvile Bell manakala ibunya ialah Eliza Grace. Seperti kedua abangnya, Graham Bell mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri di rumah. Pada usia yang masih mentah, beliau telah didaftarkan di Royal High School, Edinburgh, Scotland.

Sunday, September 7, 2008

J. Edgar Hoover ~ Pengarah Pertama FBI




J. Edgar Hoover atau nama sebenarnya John Edgar Hoover, merupakan pengarah pertama FBI. Beliau menjadi pengarah FBI sehingga beliau mati pada tahun 1972.



Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1895 di Washington. Beliau dilahirkan kepada Anna Marie Scheitlin dan Dickerson Naylor Hoover dan beliau dibesarkan di Eastern Market, Washington. Hoover telah belajar di George Washington University dan tamat belajar pada 1917 dengan ijazah undang-undang. Semasa beliau di sana, beliau telah bekerja di Library Of Congress dan menjadi ahli Kappa Alpha Order ( Alpha Nu 1914 ).

Semasa menjadi pelajar undang-undang, beliau telah berminat dalam kerjaya Anthony Comstock, yang merupakan seorang New York City U.S. Postal Inspector, seseorang yang memanjangkan tempoh kempen memerangi penipuan dan kejahatan pada generasi sebelumnya.



PENGHARGAAN
- 1950, Hoover dianugerahkan pangkat kemuliaan Knight oleh King George IV.
- 1955, President Eisenhower menganugerahkan National Security Medal kepada beliau.
- 1966, menerima Distinguished Service Award daripada President Lyndon B. Johnson atas khidmat beliau sebagai Pengarah FBI.

- Ibu pejabat FBI telah dinamakan J. Edgar Hoover bersempena namanya.

____________________________________________
Tugas beliau sebagai Pengarah FBI telah diganti dengan L. Patrick Gray bermula 3 Mei 1972.

Saturday, September 6, 2008

Biro Penyiasatan Persekutuan

Biro Penyiasatan Persekutuan atau dalam Inggerisnya, Federal Bureau of Investigation (FBI) merupakan badan penyiasatan utama bagi United States Department of Justice (DOJ). Kini FBI bertanggungjawab menyiasat lebih 200 ketegori jenayah persekutuan di Amerika Syarikat.

Motto FBI ialah 'Kesetian, Keberanian dan Integriti' atau 'Fidelity, Bravery, Integrity'. Seperti persatuan lain-lain, FBI juga mempunyai misinya tersendiri. Misi FBI ialah untuk melindungi dan mempertahankan AS dari ancaman pengganas dan risikan negara asing, untuk menegakkan dan menguatkuasakan undang-undang jenayah AS, dan menjadi pemimpin dan menegakkan sistem perundangan jenayah di peringkat persekutuan, negeri, munisipal, dan agensi antarabangsa.

Menurut Wikipedia, FBI ditubuhkan pada 1908 dan kini FBI mempunyai 30,847 pekerja (30 Jun 2008). Ibu pejabat FBI terletak di J. Edgar Hoover Building, Washington. Pengarah pertama FBI ialah J. Edgar Hoover. Beliau mula menjadi pengarah FBI pada 22 Mac 1935 hinggalah 2 Mei 1972.

ZIGANA !


 Zigana series of pistols are manufactured in Turkey by the TISAS Trabzon Arms Industry Corp since 2001. These pistols are in limited use by several security companies in Turkey, as well as by some Turkish military units. Unlike most other pistols of Turkish origin, these appear to be of more or less original design, and not being a copy of one existing European pistol or another.

 Specifications :-

 
Country of origin

Turkey

Designer

TISAS

Production begins

2001

Weapon type

Pistol

Caliber

9x19mm Luger Parabellum

Action

Double Action

Overall length

220 mm

Barrel length

130 mm

Weight empty

980 g

Magazine capacity

17-round detachable box magazine

Walther P5



Walther P5 telah dibangunkan pada tahun 1979 atas permintaan Polis German. Secara asasnya pistol ini dibangunkan berdasarkan pistol Walther P-38, tetapi telah ditingkatkan sistem keselamatannya.




Spesifikasi Walther P5:-

Ruang Peluru ( Chamber) : 9x19 Luger/Parabellum
Berat Tanpa Peluru : 795 g
Panjang : 180 mm
Panjang Barel : 90 mm
Kapasiti Peluru : 8