Sunday, September 7, 2008

J. Edgar Hoover ~ Pengarah Pertama FBI




J. Edgar Hoover atau nama sebenarnya John Edgar Hoover, merupakan pengarah pertama FBI. Beliau menjadi pengarah FBI sehingga beliau mati pada tahun 1972.



Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1895 di Washington. Beliau dilahirkan kepada Anna Marie Scheitlin dan Dickerson Naylor Hoover dan beliau dibesarkan di Eastern Market, Washington. Hoover telah belajar di George Washington University dan tamat belajar pada 1917 dengan ijazah undang-undang. Semasa beliau di sana, beliau telah bekerja di Library Of Congress dan menjadi ahli Kappa Alpha Order ( Alpha Nu 1914 ).

Semasa menjadi pelajar undang-undang, beliau telah berminat dalam kerjaya Anthony Comstock, yang merupakan seorang New York City U.S. Postal Inspector, seseorang yang memanjangkan tempoh kempen memerangi penipuan dan kejahatan pada generasi sebelumnya.



PENGHARGAAN
- 1950, Hoover dianugerahkan pangkat kemuliaan Knight oleh King George IV.
- 1955, President Eisenhower menganugerahkan National Security Medal kepada beliau.
- 1966, menerima Distinguished Service Award daripada President Lyndon B. Johnson atas khidmat beliau sebagai Pengarah FBI.

- Ibu pejabat FBI telah dinamakan J. Edgar Hoover bersempena namanya.

____________________________________________
Tugas beliau sebagai Pengarah FBI telah diganti dengan L. Patrick Gray bermula 3 Mei 1972.

No comments: