Saturday, September 6, 2008

Biro Penyiasatan Persekutuan

Biro Penyiasatan Persekutuan atau dalam Inggerisnya, Federal Bureau of Investigation (FBI) merupakan badan penyiasatan utama bagi United States Department of Justice (DOJ). Kini FBI bertanggungjawab menyiasat lebih 200 ketegori jenayah persekutuan di Amerika Syarikat.

Motto FBI ialah 'Kesetian, Keberanian dan Integriti' atau 'Fidelity, Bravery, Integrity'. Seperti persatuan lain-lain, FBI juga mempunyai misinya tersendiri. Misi FBI ialah untuk melindungi dan mempertahankan AS dari ancaman pengganas dan risikan negara asing, untuk menegakkan dan menguatkuasakan undang-undang jenayah AS, dan menjadi pemimpin dan menegakkan sistem perundangan jenayah di peringkat persekutuan, negeri, munisipal, dan agensi antarabangsa.

Menurut Wikipedia, FBI ditubuhkan pada 1908 dan kini FBI mempunyai 30,847 pekerja (30 Jun 2008). Ibu pejabat FBI terletak di J. Edgar Hoover Building, Washington. Pengarah pertama FBI ialah J. Edgar Hoover. Beliau mula menjadi pengarah FBI pada 22 Mac 1935 hinggalah 2 Mei 1972.