Sunday, November 2, 2008

Jurutera Rekabentuk Jambatan: Othmar Ammann

Othmar Hermann Ammann (26 Mac 1879 - 22 Sept. 1965) merupakan anak kelahiran Swiss dan juga merupakan seorang jurutera rekabentuk yang mana mereka 'design' jambatan termasuklah bagi jambatan George Washington Bridge, Verrazano-Narrows Bridge dan Bayonne Bridge.

Beliau telah dilahirkan di Schaffhausen, Switzerland pada 1879. Bapanya merupakan seorang pengeluar manakala ibunya merupakan pembuat topi. Ammann telah menerima didikan jurutera di Polytechnikum di Zurich, Switzerland. Beliau belajar bersama jurutera Swiss, Wilhelm Ritter. Pada 1904, beliau berhijrah ke United States, menghabiskan kebanyakan kerjayanya di Bandaraya New York.
Pada 1905, beliau pulang ke Switzerland untuk mengahwini Lilly Selma Wehrli. Mereka mempunyai 3 orang cahaya mata - Werner, George dan Margaret. Lilly Selma telah meninggal dunia pada 1933. Pada tahun 1924, beliau telah menjadi rakyat United States yang sah. Beliau kemudiannya mengahwini Karly Vogt Noetzli pada tahun 1935 di California.

Ammann telah menulis dua laporan tentang keruntuhan jambatan Quebec Bridge dan keruntuhan jambatan asal Tacoma Narrow Bridge (Galloping Gertie). Hasil daripada laporan Ammann tentang keruntuhan jambatan ini, beliau telah mendapat kedudukan kerja bagi projek Hell Gate Bridge untuk syarikat Gustav Lidhental. Pada 1952, beliau telah dipanggil untuk menjadi jurutera jambatan bagi New York Port Authority.
Rekaannya untuk jambatan merentasi Hudson River telah diterima pemaju oleh gurunya, Lindhental. (Rekaan Lindhental, "North River Bridge" telah menunjukkan satu kemajuan, dengan 16 laluan termasuk laluan pejalan kaki, kereta, kereta api dan kenderaan awam. Jambatan ini yang mana memasuki Manhattan di jalan 57th Street, telah ditolak atas sebab kosnya yang tinggi.)

Akhirnya, jambatan ini menjadi jambatan George Washington Bridge. Di atas arahan Ammann, ianya telah siap sepenuhnya 6 bulan sebelum tarikh ditetapkan dan kosnya kurang daripada anggaran awal iaitu $60 juta. Rekaan Ammann untuk projek George Washington Bridge dan kemudiannya Bayonne Bridge, telah menarik perhatian seorang pencipta terkenal, Robert Moses, yang mana telah memanggil Ammann untuk bekerja untuknya. Antara empat rekaan Ammann daripada enam jambatan di Bandaraya New York - Triborough, Bronx-Whitestone, Throg's Neck dan Verrazano-Narrows - merupakan rekaannya untuk syarikat Moses, Triborough Bridge and Tunnel Authority.

Pada tahun 1964, Ammann dan Charles Whitney telah menubuhkan firma Ammann & Whitney. Pada 1964 jugalah Ammann membuka jambatan Verrazano Narrows Bridge di New York, yang mana menjadi jambatan tergantung terberat di dunia (the world's heaviest suspension bridge) pada masa itu. Jambatan ini juga telah menjadi jambatan gantung kelapan terpanjang di dunia dan terpanjang di Western Hemisphere. Ammann juga terlibat dalam pembinaan jambatan Golden Gate Bridge di San Francisco, yang mana sekarang ini adalah jambatan gantung ke-9 terpanjang di dunia.

Othmar Ammann telah mereka cipta banyak jambatan yang menghubungkan New York City dengan bandar lain di United States. Bakatnya dan kepakaran dalam mereka bentuk talah membuatkan beliau berjaya membina 2 jambatan tergantung terpanjang di dunia. Ammann juga terkenal kerana beliau berjaya membina jambatan yang ringan dan tidak memakan kos yang tinggi. Beliau berjaya membuat semua ini menggunakan teorinya sendiri - The weight per foot of the span and the cables would provide enough stiffness so that the bridge would not need any stiffening trusses -. Ini membuatkan beliau terkenal dan tersohor kerana beliau berjaya membina semua ini semasa zaman kemelesetan dan berjaya mengurangkan kos yang amat penting.
Antara jambatan terkenal yang dibina Ammann ialah :-
- George Washington Bridge (dibuka pada 24 Oct 1931)
- Bayonne Bridge (dibuka pada 15 Nov 1931)
- Triborough Bridge (dibuka pada 11 July 1936)
- Bronx-Whitestone Bridge (dibuka pada 29 Apr 1939)
- Throgs Neck Bridge (dibuka pada 11 Jan 1961)
- Verrazano Narrow Bridge (dibuka pada 21 Nov 1964)
Bayonne Bridge merupakan satu-satunya rekaan Ammann yang bukannya jambatan gantung tetapi jambatan lengkungan. Ammann juga merupakan pengarah bagi mereka bentuk dan membina Lincoln Tower.








Beliau telah meninggal pada 22 September 1965 pada umur 86 tahun.





----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Harap maaf sekiranya ada tersalah tafsir atau informasi yang diberikan salah atau tidak tepat.
Susunan Gambar Dari Atas - George Washington Bridge > Bayonne Bridge > Verrazano Narrow Bridge > Throgs Neck Bridge